Tuduh atau menuduh?

Kita tidak suka dituduh tapi kadangkala kita suka menuduh orang lain kerana mahu menyelamatkan diri sendiri. Bunyi macam selfish, tapi itu selalu berlaku.

Kerana takut dipersalahkan, seseorang mampu menuding jari ke arah orang lain walaupun kadangkala hakikatnya bukanla salah mereka yang dituduh 100%.

Kita marah sekiranya kita dituduh salah, tapi kita sering lupa apa perasaan mereka yang disalahtuduh, kan? Lumrah hidup...cuma kita kena beringat, satu jari menuding orang lain, ada empat lagi jari menuding ke arah diri sendiri...

Sedarkah anda hakikat ini? Janganla suka melemparkan tuduhan sesedap rasa, buruk padahnya....

Comments