Bos dan kuli


Akhir2 ini, terasa demotivated untuk kerja. Mesti org kata syukur ada kerja. Hmm....kadang2 kita ni salah tafsiran. Menunaikan tanggungjawab ini bukan sekadar menyiapkan kerja yang diamanahkan, tetapi mesti disertai dengan keikhlasan dan kejujuran.

Bagaimana jika kita sebagai pekerja telah menunaikan amanah yang diberi tetapi bos pula tidak amanah dan juga tidak ikhlas. Tidak adil dan saksama terhadapa para pekerjanya? Adakah mencari peluang kerja lain merupakan jalan terbaik?

Percaya atau tidak, kebanyakan kita dibelenggu masalah di tempat kerja. Bos best, tapi kerja kita tak best. Kerja best, bos pulak macam tak best. Bergantung mana pilihan kita, kerana pilihan di tangan  kita.

Ingat, kali pertama kita melakukan kesilapan, ia memang satu kesilapan. Tetapi kesilapan yang serupa buat kali kedua, bukan satu lagi kesilapan tetapi kita salah membuat pilihan/keputusan.

My boss seorang yang lembut hati, tersangat lembut sehinggakan semua rakan kongsinya mengkhianatinya suatu ketika dahulu...Dan anda2 semua yang bergelar bos, jagalah kebajikan dan keperluan pekerja. Takde pekerja, maka tiadalah boss,kan? So, siapa sebenarnya yang lebih berkuasa? Bos atau ....


Comments