Tragedi...ujian bagi kita semua


Hari-hari yang memilukan...bukan sahaja untuk keluarga mereka malah mereka-mereka yang prihatin akan tragedi kehilangan MH370 pada sabtu lepas.

Ujian mematangkan kita dan menjadikan kita lebih bijak dalam menangani sebarang kesukaran. Dan percayalah, disebalik kesengsaraan, ada nikmat yang terselindung. 

Tidak kira walau di mana sahaja MH370 berada, semua mendoakan supaya usaha mencari dipermudahkan dan sekaligus menamatkan penantian semua yang prihatin. 

Kepada semua ahli keluarga mereka yang terlibat, berta mata memandang, berat lagi bahumu yang memikul. Bertabahlah dan doa kami semua ada bersama-sama kalian....

Comments