Selamat Tinggal 2020

 


Tahun 2020 memang satu tahun yang agak sukar kepada kebanyakan orang. Ada yang kehilangan perkerjaan, ada yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atas alasan pihak syarikat atau tuntutan tanggungjawab terhadap keluarga. Masing-masing ada kesukaran dan kesulitan yang tersendiri. Tapi ada juga yang tidak terkesan, malah makin berjaya dan semakin 'blossom' bak kata orang putih. Rezeki masing-masing.

Tahun 2020 ni memang agak mencabar bagi aku. Kalau tahun lepas, kesulitan aku hanya pada satu manusia yang sepatutnya menjadi jodoh aku, tapi tahun ini memang menjadi tahun yang akan aku ingat sampai bila-bila. Tahun duduk di rumah, which I like sebenarnya, since aku pon  dah tak kerja. Dekat setahun cari kerja, tapi belum ada rezeki. Insya-Allah, akan ada rezeki untuk aku. Amin...

Misi aku tahun 2020 ni sebenarnya, ialah untuk dapat kerja baru. Tapi disebabkan Covid-19 ni, aku pasrah. Mungkin ada manusia yang lebih memerlukan duit berbanding aku. Atau mungkin, rezeki aku masih belum sampai. Rezeki tak pernah salah alamat kan?

Tahun 2020 ni tahun rileks bagi aku sebenarnya. Raya pun rilek-rilek aje. Kalau tahun-tahun sebelum ni, lepas raya je, mahu sakit badan sebulan dua, tapi tahun ni, aman-aman sahaja. Tak sehiruk-pikuk macam tahun lepas-lepas. 

Dalam kekangan Covid-19 ni, ramai yang stress sebab semua dah tak bebas. Kena pakai mask and tak boleh buat sesuak hati ditempat awam. Mungkin Allah nak bagi kita petunjuk supaya kita semua beringat. Kalau difikirkan memang tak masuk akal macammana benda kecil ini mampu menggoncang dunia. 

Comments