Alone?

 


Manusia memang susah nak berpuas hati. Selalu jeles tengok apa yang orang lain ada, sedangkan kita pun tak ada kurangnya.

Terus terang, kodok malas buka FB sebab kodok  akan bandingkan hidup kodok dengan kenalan-kenalan kodok di FB. Dan seringkali kodok berfikir, kodok tak setaraf dengan mereka. Mereka punya rumah besar, kereta besar, bercuti dengan keluarga sana sini, sedangkan kodok sebaliknya. Hanya ada paya yang selalu banjir....

Kodok selalu fikir, kodok wajib bersyukur dengan apa yang kodok ada. Tapi sifat manusia lemah macam kodok memang susah nak kikis sifat duniawi tu. Kodok selalu fikir, walau susah macammana pun kodok, masih ada lagi orang yang lebih susah daripada kodok, lebih sunyi daripada kodok dan lebih sedih berbanding kodok.

Diusia kodok ini, sepatutnya kodok punya keluarga sendiri. Kodok selalu berfikir di mana silapnya kodok selama ini. Adakah kodok terlalu memilih? Walhal kodok tak pernah ada peluang untuk membuat pilihan. Kodok memang dilahirkan, dididik agar menjadi seorang yang sentiasa berdikari. Salahkah kodok berdikari? Atau kodok terlalu berdikari?

Kodok sedih, diusia ini kodok sendirian, tiada pekerjaan tetap dan tiada tempat bergantung harap. Kodok sentiasa berdoa agar kodok sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ikhlas dan bersyukur dalam apa jua situasi.

Tapi mampukah kodok?



Comments